Tuesday, January 26, 2010

tudung=aurat

pemakaian tudung tu memanglah wajib kan.semua orang tahu.tapi sejauh mana si pemakai tudung tu menutup aurat.kalau pakai tudung just nak tutup rambut je xperlu ah.kerana kalau pakai nak tudung yang sebenar2nya mengikut istilah adalah menutup bahagian dada.kalau ikut kan fesyen2 sekarang ni.aku xrasa tudung tu menutupi bahagian dada pun.lagi2 yang jenis jarang tu.nampak kulit leher ape?tu kira xtutup aurat ah.aku i pun tudung xlabuh mana.cukup2 makan je orang kata.kalau macam exam tu orang lain dapat 80%.aku ni kira dapat 40% je.haha.entah2 fail.macam tulah teruknye.aku pernah dan masih berazam untuk memakai tudung yg lebih labuh.kerana lumrahnya tudung yg labuh ni datang dengan pakej.maksudnya,pakej penutupan dada dan juga masalah nampak batang leher juga tiada.makanya x ke untung tu?tapi setakat ni belum terlaksana ah.aku pun tak tahulah bila plan ni nak terlaksana..almaklumlah bukan senang untuk berubah dalam sekelip mata kan.perlukan tenaga.wang.masa.buat masa ni masa dan wang yang aku kurang.aku masih kurang kemampuan.hmm.so bila semua sudah stabil,aku pikir my big plan tu akan terjelma juga.aku bukan ape.selalu je aku rasa bimbang lebih2 lagi kalau ada angin.free2 je terdedah2 my dada.xsedap tahuu.aku juga sedar aku pernah je selempang2 tudung.tapi aku sebuleh mungkin cuba mengelakkan nye selagi aku terdaya.lagi satu aku bimbang jika muka aku yang bulat ini tidak sesuai dengan tudung labuh.korang paham2 ah kan.ada muka yang sesuai je dengan pelbagai jenis tudung.ahhh.alasan sahaja aku ni.hahah.kalau hendak seribu daya kan.aku setakat ni berangan2 mahu memakai tudung yang lerang 45 tu.doakan aku lah k supaya aku dapat capai that impian and kuatkan iman aku.

aku sebenarnya sangat x paham and juga x berkenan dengan gadis2 yang pakai tudung tapi.baju n seluar ketat gegila.or yg lebih teruk pakai tudung tapi pakai skirt or lengan pendek.ape signifikannya korang pakai tudung ek?untuk apa?jenis tudung yang dipakai juga aku rasa boleh menunjukkan ciri2 atau sikap2 seseorang gadis.kalau korang didatangi 2 orang gadis yang kedua2nya memakai tudung.tetapi si gadis A memakai tudung labuh yang lerang 60 tu.dan si gadis B yang memakai tudung lerang 30 yang tidak menutupi dada.korang mesti akan lebih respect pada si A kan?kerana kalau dah alang2 pakai tudung tuh better korang tutup betul2.mungkin betul juga kata sepupuku yang sorang ni yang tidak memakai tudung.beliau ada berkata di my space nye.better dia xpakai tudung kalau baju yang dia pakai ketat2.well.ada benarnya ayat berkenaan salah.tapi well.tepuk dada tanyalah iman.diri korang sendiri yang menentukan korang nak ada di mana di SANA nanti.sebab tu lah perempuan ni lebih senang masuk neraka.kerana banyak perkara yang kita kena jaga.aku akui itu.salah satunya bab aurat sendiri sudah banyak cabang2 dosa yang boleh berlaku kan.

kita sebenarnya kurang menjaga soal aurat ini,contohnya bila kita buat kerja.kekadang automatik nye kita akan singsing lengan kita dan mendorong kepada terdedahnya lengan kita.tu baru lengan.belum lagi soal kaki.kat msia ni xramai pun yang pakai sarung kaki.padahal tutup kaki tu wajib.salah satu aurat tu.tapi aku rasa kita kurang terdedah dengan ni.aku sendiri akui yang aku kadang2 je tutup my kaki.kekadang bila iman kuat tu berderet hari aku pakai stokin.kekadang lepas tu xpakai balik.dan begitulah seterusnya.tidak salah sebenarnya mahu berfesyen.boleh aje.tapi berpada2 ah.

kalau cakap hal perempuan ni memang sungguh sensitif.kerana perempuan banyak je dosa free yg kaum adam and hawa sendiri leh dapat.kalau bab2 jenayah tu lagilah.aku rasa aurat ni juga adalah maruah diri seorang perempuan.walauapapun sebenarnya si empunya diri itu sendiri yang kena sedar dan barulah pematuhan ciri2 muslimah sejati dapat tercapai.
kalau kita tanya lelaki sendiri.mereka sebenarnya lebih senang untuk memilih gadis yang memakai tudung berbanding yan gtidak.memang ada juga spesis yang memilih yang tidak.itu mungkin jika dipandang dari sudut yang positif si lelaki mahu membimbing si gadis ke arah yang lebih baik.dan dalam hali ini tentulah membimbing gadis itu untuk memakai tudung,tu kalau yang betul2 baik dan sayang diri sendiri ah.kerana diorang sepatutnya sedar setiap tindakan isteri tu sebenanrya terpikul di bahu diorang.andaikata isteri diorang tu xpakai tudung.diorang si para suami juga akan mendapat dosa yang setimpal kan.so di sini adalah jelas juga yang pihak2 yang menanggung or bertanggugjawab bagi si gadis itu adalah penting juga dalam penggalakan si gadis untuk menutup aurat.begitu juga bagi si gadis yang duduk bersama family.jika emak sudah xtutup aurat.anak apatah lagi.maka family sangat penting dalam membentuk diri si gadis.

badan2 agama yang berkaitan sepatutnya lebih menggiatkan usaha mereka dalam memastikan masalah pemahaman konsep pentutupan aurat ni menjadi lebih berleluasa.lebih2 lagi di akhir zaman ni.yang mana umatnya senang terpengaruh dengan media2 masa dan hal2 sekeliling.usaha yang sedia ada patut dilipat gandakan.

No comments: