Saturday, July 24, 2010

hikayat 3 sahabat

Kitorang semalam ada lecture ethics in science. Disebabkan kami2 ni iaitu aku and keyla terlampau ber’etika’ maka terhasillah hikayat yang kami reka dengan kreatifnya semasa kuliah itu didengar dengan penuh khusyuk oleh pelajar2 contoh seperti Sabirah, Sri and yang lain2. Berikut adalah sambungan dan hasil pencantuman idea and dialog kami.Aku dah edit sikit2 sebab aku rasa ada ayat dan idea kita yang bercelaru. Sorry kel! ;)




Pada suatu hari, ada 3 orang dara yang berfikiran ala kanak-kanak bermain bersolek2 di tepi longkang nan indah.Tiba-tiba salah seorang budak bernama Kayla telah terjatuh dalam longkang yang penuh sisa toksik yang busuk seperti bau budak bernama Kayla itu. “Arghh!!”. Begitulah apa yang Kayla jeritkan.

Tetapi malangnya Weed tidak membantu malah mentertawakan Kayla. Kayla berasa Weed adalah manusia yang paling kejam di sebalik topeng kecomelan dan kejelitaan yang dipakainya. Berdekah2 dan berderai2 peluru ketawa Weed keluarkan dengan bahagianya.

Tanpa disedari, putera katak yang tengah beristirehat di tepian longkang telah jatuh cinta pada Kayla. Kemudian, Weed telah cemburu, lalu bertukar menjadi hulk, katak pun takut lalu membawa Kayla lari untuk menyelamatkan diri. Tetapi Raja Yamapi yang kaya berasa kasihan kepada Weed, lalu mereka pun berkahwin. Kayla pula telah didera oleh raja katak yang kejam.

Weed dan suaminya telah datang untuk cuba menyelamatkan Kayla. Kayla memang sangat menderita. Mengikut firasat dan kata hati Kayla, memang Weed telah datang menyelamatkan Kayla tapi Weed itu lebih kejam dari ibu tiri yang kejam. Kayla pun melarikan diri, lalu kemudian berjumpa dengan seorang jejaka yang soleh.

Tapi sebenarnya Kayla silap.

Weed yang kejam pada pandangan Kayla itu sebenarnya bukan dirinya yang sebenar. Sebaliknya telah disihir oleh Ahli Sihir Badak Air Adda. Jejaka soleh pilihan hati Kayla cuba memulihkan Weed. Malangnya Ahli Sihir Adda terlalu kuat, dibantu pula oleh si kerdil Ika. Jejaka soleh mencuba sedaya-upaya yang termampu. Kayla terus memberi semangat kepada Weed kerana Kayla masih ingat kepada persahabatan mereka di tepi longkang dulu.


Tiba-tiba sahabat lama mereka yang pernah mereka jumpa di tong sampah iaitu srichandran telah datang membantu Weed yang disihir.


“Kuasa Chandran datang menghukummu!” begitulah kata-kata Srichandran kepada ahli-ahli sihir yang jahat lagi hodoh itu. Maka hilanglah sihir di badan Weed. Nenek sihir Adda telah bertukar menjadi turtle manakala si kerdil Ika pula telah menjadi batu. Srichandran berasa gembira kerana dapat berjumpa semula dengan rakan2 lama beliau. Namun Srichandran cuba pula merampas jejaka soleh milik Kayla.


Oh tidak! Kayla sering menjadi mangsa!Oh Kayla sepatutunya tidak perlu risau! Jejaka soleh itu berkulit putih melepak! Srichandran sedar hatinya hanya akan terpaut pada jejaka gelap. Tiba-tiba muncul Karam Singh Walia. Karam Walia datang membuat laporan tentang longkang yang dahulunya tempat permainan Kayla, Weed dan Srichandran yang telah tercemar. Maka di situlah mata Srichandran bertaut dengan mata Karam Singh Walia. Dari mata turun ke hati!


Kayla dan jejaka soleh berasa tenang dan lega maka mereka pun membantu Weed pulang bertemu dengan putera hatinya, Raja Yamapi. Malangnya baginda telah curang bersama Puteri Latah Nisa. Weed tertekan lalu duduk menilik nasib sikit2 kepada Puan Guru Ani. Walaupun Srichandran kononnya telah terpaut hati kepada Karam Singh, tetapi Srichandran yang cepat rambang mata bila ternampak yang ‘gelap’ sebenarnya telah ada pilihan hatinya sendiri yang dia kenali semasa dia berjihad di Afrika. Jejaka itu yang bernama Abu Bakar merupakan bekas student USIM yang gagah perkasa kononnya.


Puteri Latah Nisa pula menurut hemat Puan Guru Ani sebenarnya tiada apa-apa hubungan dengan Raja Yamapi. Puteri Latah Nisa hanya memerlukan perlindungan Raja Yamapi kerana Permaisuri Dira Aridinata yang selalu bertekak dengan Faiz Dukun Negara, selalu mengganggu dan membuli Puteri Latah Nisa untuk melepaskan tension dan belenggu sengsara yang membelenggu dirinya.



Ika si Batu dan Adda si Turtle pula telah berjumpa dengan partner in crime yang baru iaitu Sab Ewah3 dan Mira si Firestone.



TBC,,,

macam xtetap pendirian sikit post ni.haha.kejap warna kejap x.
best gila buat hikayat ni.aku xsabar menantikan our next projek!hahaha. kel on x? :P

1 comment:

suara yg menyatakn said...

haha..weed ko dh tmbh mcm2 eh..
hahaha
ok je aku pun dh xsbr nk smbg cte ni..last part ko tulis kn?kre ny aku yg continue la kn?