Thursday, July 29, 2010

lolipop and amanah T________T

Hidup ni lumrahnya memang berwarna-warni. Tak selalunya warna hidup kita ceria je. Macam warna lollipop yang warna-warni macam ni kan.



Tak sama sekali. Adakalanya warna suram je yang ada. Yang kadang sampai tahap. Tak tahu dah nak buat macamana.

Warna yang ada dalam diri aku skrg ni. Sangatlah malap warnanya. Segala apa yang terjadi ni banyak menyebabkan warna hidup aku sekarang jadi suram. Bila warna lollipop nak muncul balik? Aku sengaja xnak cakap n melambangkan sang mentari datang nak memancarkan cahaya kepada hidup aku. Sebab warna matahari satu je. Padahal dengan warna lollipop yang pelbagai tu, eksperesi diri kite akan lebih nampak kepelbagaiannya. Contohnya , beraninya aku dalam menghadapi apa2 boleh kite samakan dengan warna merah yagn ada pada lollipop kan. Ketenangan jiwa kita boleh juga disamakan dengan warna alam iaitu hijau dan biru kan. Gembiranya aku dengan keputusan result adalah disamakan dengan warna kuning kot. Not so sure pulak. Haha perlambangan yang merepek. Sebab tu aku rasa aku sebenarnya gila lolipop walaupun sebenarnya jarang sangat makan lolipop. Banyak je kan benda yang kita gile nak buat tapi tak dapat nak buat. Contohnya lolipop bagi akulah. Haha. Relevan ke? Mungkin cara korang menginterpretasikan warna xsama dengan aku. Off course la kan? Aku ni versi budak tak matang nya resolusi. Wahaha.

Aku selalu rasa aku xde masalah sekarang ni. Tapi sebenarnya kepala aku ni penuh je dengan masalah. Masalah orang pun dah jadi masalah aku. Macamane tu. Aku xkesah pun. Tapi entahlah. Kadang orang terlalu mengharap pada kita kan. Aku selalu takut dengan segala amanah yang terpikul kat bahu aku ni,takut tak terbendung.

Amanah kepada Allah. Betapa aku ni sebenrnya sangat jauh dengan Allah. Amalan2 aku. Sedih rasanyaaaa T________T
Tapi tulah. Aku sentiasa cuba mengingatkan diri aku jangan lalai sangat. Tapi. Hasilnya tetap sama. Aku sentiasa lalai. Macamana aku nak bentuk diri aku ke arah yang lebih baik ni. (-____-)

Lepas tu amanah aku kepada ibu bapa. Serious. Memang sangat besar amanah aku kat diorang. Dari segala apa yang ibu ayah dah buat aku dari kecik. Aku rasa sangat sedih. Sangat. Aku xberjaya membentuk diri aku menjadi seperti anak yang mereka inginkan. Sedih sangat. Aku sangat jahat. Tapi what is my action? Kadang2 kan, segala my action tu macam xmenunjukkan aku caring,sayang etc pada ibu ayah aku. Tapi nak buat macamana weh. Aku tak reti. Aku tak tahu. Orang kata cukuplaah kalau setakat kita balas dengan kejayaan kita dalam pelajaran. Tapi amanah yang satu tu pun aku xterpikul.entah apa2 je kan. Jahat kan aku? Aku xberniat pun nak kurang ajar ngan parent aku kadang2. Cuma kekadang ianya terkeluar sendiri. Aku tak tahu macamana nak tahan diri aku. Kadang2 aku selalu rasa nak lebih merapatkan diri aku ngan parent aku. Tapi. Aku selalu rasa ada gab. Sedih lagi. Aku sendiri dah buntu. aku rasa aku rapat je dengan parent aku. Tapi still xcukup rapat. Yang orang kata sayang tu boleh terpancar2 kat muka. Kebahagiaan tu boleh nampak jelas. Bukanlah tak bahagia. Tapi i guess something is just not right somewhere. Adakah aku xbersyukur? Entahla. Family kitorang happy je. Cuma, maybe tu perasaan aku je kot. Aku rasa aku yang sering tertinggal kalau apa2 hal berkaitan ngan family. Adakah sebab aku xpenting kan family? Aku tak rasa macam tu. Kadang2 aku rasa cara aku sendiri yang salah. Aku yang tak bertanya. Tapi salah ke kalau kadang2 ibu ayah yang beritahu aku? I really doesn’t know how to react with this kind of situation if it does happen again in the future. Aku jarang membicarakan mengenai hal keluarga aku macam ni. Tapi tadi bila kawan aku cerita masalah dia. Aku jadi termenung sendiri. Macamana dengan aku? Ade ke aku cukup caring. Cukup amik tahu. Aku amat amik berat sebenarnya. Aku sedar diri aku sebagai anak sulung ni besar tanggungjawabnya. Pasal adik2 aku pun aku risau. Aku yang jahat ni telah secara xsengaja or sengaja (mungkin) membentuk adik aku jadi jahat macam aku.

Entahlah. Otak aku sangat penat. Sebenarnya main point post ni adalah pasal masalah2 aku. I think la.

Then amanah kepada kawan. Kepada lecturer. Kepada masyarakat sekeliling. Kepada umat Islam. Semakin kita dewasa. Semakin besar skop amanah kite. Overall nya i guess cara aku kot yang salah. Aku nak say sorry kat semua kalau cara aku lead my life adalah salah.

Kalau aku sering mengganggu korang dengan sms aku. Aku boring n lonely sebenarnya. Serious ni post paling membuka sapa diri aku. Aku sentiasa rasa takut ditinggalkan. Well sapa yang tak takut bila kena tinggal sengsorang. Tapi well my inner self ni rapuh. Sangat rapuh. Sebab tu aku sentiasa nak mengekalkan hubungan persahabatan aku dengan semua member dari semua generasi. Dari sekolah, ke matrix, ke university or whatsoever place, event i’ve been through la. Aku selalu rasa diri aku ni mudah dilupakan.

Well, that is just my inferiority complex. Tapi masalah ni sentiasa membelenggu aku. Hmm. Hati aku sekarang ni sangat tak tenang sebenarnya. Sampai tahap aku tak tahu lagi nak pikir macamana. Okay, sila dekat kan diri dengan ALLAH. Well, thats the only solution right. Fine i’ll try my best.

Tentang masalah rumah kitorang tu. Aku harapkan sinar lollipop akan menerangi rumah sewa kita tu. Erm. T__________T
Harap2 nya bila problem ni settle makin mendekatkan lagi ukhwah kita. Bukan makin menjarakkan. Aku sayang pada our friendship. Seriously have fun living together with u girls. Walaupun aku sedar dulu time sem 1 n 2, aku bukan sape2 dalam hidup korang, tapi aku cuba untuk tak nak jadi that ‘sape2 girl’ lagi for now and for the future. Aku nak ubah diri aku sikit. Ye, Keyla, ko mungkin betul aku ni dah berubah. Tapi aku still rasa yang diri aku yang korang nampak sekarang memang adalah diri aku yang sebenarnya. Bagi aku, atas apa2 yang terjadi, kita amik yang jernih buang yang keruh ye kawan2. Smileeeee =)))))))
Mari hayati lirik lagu P.Ramlee ni. Hahaha.

p/s: oh wahida ko sungguh takde kerja menaip benda berjela ni time assignment Science Material tak terbuat lagi. Well, i sort of want to relieve my own sorrowful life. Hmmmm. T______T
On the bright side news. Yamapi’s single sell a bit well. Fufufufu ;)
 

Sab, moga ko tabah hadapi hidup ko. I’ll lend my ear and time for you whenever you have problem ;)

Sri, aku rasa your tag tu boleh kot diaplikasikan dalam post ni. Hahah. Serba sedikit ada banyak kot aku cerita tentang diri aku. Nanti later lau aku ada masa nak jawab your tag tu, aku akan jawab lagi detail. Huhuh.

Kel, aku support ko! Itu je yang aku nak ko tahu. ;)

Syue. Ohmigod don’t u dare kena kan i dengan kewujudan post ni okayyy? (maluuuuuuu ;____; )

Kawan2 yang lain seperti tiqah kawan baik dari sekolah rendah,hikmah and iffah and thirah geng kamceng ku di smka, dan sesiapa yang lain yang sudi luang masa baca this entry. Thank youuuuu T__T

Saturday, July 24, 2010

ada hikmahnya

Aku selalu nak menukar gaya penulisan aku. Tapi bila semakin aku cuba semakin xmenjadi sahaja my hasrat tu. Bukanlah hangat2 tahi ayam etc tapi macam thats not myself and I cant create the new me. Tu yang bila baca belog2 orang yg best aku rasa rendah diri. Tapi well my inferior problem never have its ending. If I never change myself off course there is no solution at all for my hasrat murni tu kan. Sebab itulah aku rasa putus asa nak menjelajah belog2 orang lain, sebab aku xdapat menjadi seperti mereka . Dan aku sendiri masih tak jumpe lagi apa yang sebenarnya aku nak sampaikan dalam belog aku. Susah ek hidup tanpa matlamat macam ni. Hidup terumbang-ambing ikut arus je. We doesn’t have our own courage to do what we think is the best for us and we feel comfort with it with all our heart. There is verse that said, we need more courage to go on with live rather than to short live of our life. Hidup ni goes on dengan diri kita sentiasa mencari penyelesaian terbaik untuk diri kita. Juga kadang2 untuk orang lain jugak. Setiap keputusan yang kita buat tu pulak mesti kena fikir the consequences etc kan. Boleh tak hidup tanpa fikir tentang orang lain. Tapi apa jadi pulak pada orang yang dah mengorbankan diri mereka tapi kita tak fikir pun pasal diri mereka. Aku selalu suka menghadiri majlis ilmu. Tapi aku xsuka kalau benda tu not under my own willing. Siapa yang suka kalau hidup dipaksa? Xdekan. Well, its true that hidup kita kekadang perlu dipaksa dan rasa terpaksa supaya diri kita termotivasi untuk melaksanakan our daily life. Tapi its not really healthy if ianya berlaku sepanjang hidup kita tanpa diri kita sendiri yang sedar apa yang berlaku. Yelah dah sedap sangat ikut telunjuk orang lain, kita pun jadi xkenal sapa diri kita. Xde identiti diri. Aku boleh hidup dalam keadaan diri di ‘push2’ tapi it must have its own limit lah kan. Kalau aku xdi ’push’ I do really wonder where I will stand now. Will me be at USIM now? Will I? Aku tahu manusia ni sikapnya tak pernah tahu erti bersyukur dengan apa yang dikurniakan. Sentiasa nak lebih. Aku pun macam tu jugak. Tapi kekadang kalau sikap macam tu merajai kita. Diri kita jugak yang kekadang terasa over bagus. Yalah. Dah dia rasa aku xpatut dapat macam ni. Patut dapat lebih baik. Padahal memang dah tertulis rezeki dia macam tu kat Luh Mahfuz kan. Kalau rasa tak puas hati ke apa ke. Just make sure you do your best in whatever things you get lah. Sebab tulah aku selalu tanamkan dalam diri aku, ada hikmahnya aku masuk sekolah agam. Tinggalkan STA. Aku masuk matrix xamik diploma. Aku masuk USIM yang sumpah semua orang tak kenal. Aku tahu diri aku ni xkuat. Sebab tu ALLAH sentiasa dekatkan diri aku dengan agama. Itu yang aku fikir selama ni. Tapi aku xberjaya lagi mendidik diri aku supaya sentiasa berjalan seiringan dengan agama. Kawan-kawan sumpah main peranan penting. Aku cuba bijak seimbangkan apa yang patut aku seimbangkan. Terima kasih kepada semua yang pernah hadir dalam hidup aku walau seketika.


P/s: yamapi dah kuar pv baru die dah. HOT. ;) but i kinda hate the flow and the storyline of this pv. hmmm :(

hikayat 3 sahabat

Kitorang semalam ada lecture ethics in science. Disebabkan kami2 ni iaitu aku and keyla terlampau ber’etika’ maka terhasillah hikayat yang kami reka dengan kreatifnya semasa kuliah itu didengar dengan penuh khusyuk oleh pelajar2 contoh seperti Sabirah, Sri and yang lain2. Berikut adalah sambungan dan hasil pencantuman idea and dialog kami.Aku dah edit sikit2 sebab aku rasa ada ayat dan idea kita yang bercelaru. Sorry kel! ;)




Pada suatu hari, ada 3 orang dara yang berfikiran ala kanak-kanak bermain bersolek2 di tepi longkang nan indah.Tiba-tiba salah seorang budak bernama Kayla telah terjatuh dalam longkang yang penuh sisa toksik yang busuk seperti bau budak bernama Kayla itu. “Arghh!!”. Begitulah apa yang Kayla jeritkan.

Tetapi malangnya Weed tidak membantu malah mentertawakan Kayla. Kayla berasa Weed adalah manusia yang paling kejam di sebalik topeng kecomelan dan kejelitaan yang dipakainya. Berdekah2 dan berderai2 peluru ketawa Weed keluarkan dengan bahagianya.

Tanpa disedari, putera katak yang tengah beristirehat di tepian longkang telah jatuh cinta pada Kayla. Kemudian, Weed telah cemburu, lalu bertukar menjadi hulk, katak pun takut lalu membawa Kayla lari untuk menyelamatkan diri. Tetapi Raja Yamapi yang kaya berasa kasihan kepada Weed, lalu mereka pun berkahwin. Kayla pula telah didera oleh raja katak yang kejam.

Weed dan suaminya telah datang untuk cuba menyelamatkan Kayla. Kayla memang sangat menderita. Mengikut firasat dan kata hati Kayla, memang Weed telah datang menyelamatkan Kayla tapi Weed itu lebih kejam dari ibu tiri yang kejam. Kayla pun melarikan diri, lalu kemudian berjumpa dengan seorang jejaka yang soleh.

Tapi sebenarnya Kayla silap.

Weed yang kejam pada pandangan Kayla itu sebenarnya bukan dirinya yang sebenar. Sebaliknya telah disihir oleh Ahli Sihir Badak Air Adda. Jejaka soleh pilihan hati Kayla cuba memulihkan Weed. Malangnya Ahli Sihir Adda terlalu kuat, dibantu pula oleh si kerdil Ika. Jejaka soleh mencuba sedaya-upaya yang termampu. Kayla terus memberi semangat kepada Weed kerana Kayla masih ingat kepada persahabatan mereka di tepi longkang dulu.


Tiba-tiba sahabat lama mereka yang pernah mereka jumpa di tong sampah iaitu srichandran telah datang membantu Weed yang disihir.


“Kuasa Chandran datang menghukummu!” begitulah kata-kata Srichandran kepada ahli-ahli sihir yang jahat lagi hodoh itu. Maka hilanglah sihir di badan Weed. Nenek sihir Adda telah bertukar menjadi turtle manakala si kerdil Ika pula telah menjadi batu. Srichandran berasa gembira kerana dapat berjumpa semula dengan rakan2 lama beliau. Namun Srichandran cuba pula merampas jejaka soleh milik Kayla.


Oh tidak! Kayla sering menjadi mangsa!Oh Kayla sepatutunya tidak perlu risau! Jejaka soleh itu berkulit putih melepak! Srichandran sedar hatinya hanya akan terpaut pada jejaka gelap. Tiba-tiba muncul Karam Singh Walia. Karam Walia datang membuat laporan tentang longkang yang dahulunya tempat permainan Kayla, Weed dan Srichandran yang telah tercemar. Maka di situlah mata Srichandran bertaut dengan mata Karam Singh Walia. Dari mata turun ke hati!


Kayla dan jejaka soleh berasa tenang dan lega maka mereka pun membantu Weed pulang bertemu dengan putera hatinya, Raja Yamapi. Malangnya baginda telah curang bersama Puteri Latah Nisa. Weed tertekan lalu duduk menilik nasib sikit2 kepada Puan Guru Ani. Walaupun Srichandran kononnya telah terpaut hati kepada Karam Singh, tetapi Srichandran yang cepat rambang mata bila ternampak yang ‘gelap’ sebenarnya telah ada pilihan hatinya sendiri yang dia kenali semasa dia berjihad di Afrika. Jejaka itu yang bernama Abu Bakar merupakan bekas student USIM yang gagah perkasa kononnya.


Puteri Latah Nisa pula menurut hemat Puan Guru Ani sebenarnya tiada apa-apa hubungan dengan Raja Yamapi. Puteri Latah Nisa hanya memerlukan perlindungan Raja Yamapi kerana Permaisuri Dira Aridinata yang selalu bertekak dengan Faiz Dukun Negara, selalu mengganggu dan membuli Puteri Latah Nisa untuk melepaskan tension dan belenggu sengsara yang membelenggu dirinya.



Ika si Batu dan Adda si Turtle pula telah berjumpa dengan partner in crime yang baru iaitu Sab Ewah3 dan Mira si Firestone.



TBC,,,

macam xtetap pendirian sikit post ni.haha.kejap warna kejap x.
best gila buat hikayat ni.aku xsabar menantikan our next projek!hahaha. kel on x? :P

Saturday, July 10, 2010

Sooth away your worry.
oozing away my worries.

shoooooooohh.

away.

away.


and away.


im left alone now?

happier or


sadder?


let the time decide.

or is it wrong to just let the time deciding on it?
should i myself me put a decision what'll happen...

Friday, July 9, 2010

Download and New Sem

This whole holiday i've been spending on downloading all possible and interesting video that yamapi's in.

I'm just finished watching one of it which really made me cracked sooooo hard.

The best ah!

In this TV Show called Haneru no Tobira or Abbreviation Train, the participant involved must answer the abbreviation given by giving its full word.

For example 'adj' stand for adjective right? Its game like that and yamapi was just soooo mean to other participant.

Believe me.

Go watch it although you are not yamapi's fan.

But I guess you must have a little knowledge about Japan or JPOP or Yamapi a little bit if not you are not gonna really understand the show or the flow of this show.


Other than that.

Who's gonna accompany me if im back on this Sunday.

There's no one at our house at the time I'll arrive.

Should I change the ticket or spend some time around Nilai.

I realllly dont want to go to Nilai back.

Ugh.

This just suck.

But whatever it is I've determine to do better this new sem.

Wish me luck.


I've finished folding clothes from one big basket at my house.

I've been planning in finishing all the mountain of clothes yesterday.

But due to my recklessness and lazyness and spiritless, I do nothing.

So just now when I'm finishing one basket of clothes.

I'll bear in mind not to push myself over the limit.

Do one work at time if you just feel cant accommodate doing manyyy things in one time right.

I really want to have that attitude as my principle now.

My principle in study was just tooo bad.

Doing work last minute. Procrastinating works.

Later it all sum up to doing many works at the final time.

So I would really love to change that.

Wanna change! wanna change!



When no one is beside you it doesn’t mean that you are all alone.

You sure have Allah by your side every time.

;)

Thursday, July 8, 2010

new background??

Sudah mahu naik sem baru dah. I really don’t know am I ready to face it. New challenge. new syllabus. New spirit? Yeah. I really do need the spirit. Whatever it is i hope i am strong enough. Hardworking enough. To gain whatever i should have gain and do.

The good news is that my blog have the spirit. Hahaha. Sudah tukar muka. Hati dan perasaan blog ni rasa nya belum tukar lagi. Later kot. Semenjak jarang online dan diteruskan dengan kebizian aku mendownload video2 buat santapan mata nanti time naik sem, maka tiada langsung update terbaru. Haru betul. Dulu semangat je nak buat belog ni cam diari harian. Akhirnya terbengkalai juga blog ni.

Bukannya sengaja nak abaikan tapi other important matters lebih menarikkan beta ke sana. ;)

I really do like yamapi’s new single. One in a million. It’s a very catchy and fast song. Then it is autotune. I don’t like it. But it’s yamapi. I guess its okayyy. I really do want him to just use his own SEXY voice without that irritating autotune. But it’s his taste. I really cant wait for it to out. This coming 28.7 is the release date. WANT MY COPY! Awww. Flatters.

Last but not least. I love my family, friends too much sap. But really. i like to be alone ok. Is it toooo wrong if aku berkurung je dalam bilik. Yeah off course salah. Tapiiiii. Apa yang boleh aku buat di luar? Buntu. Takpela, next time i’ll try to socialise moreeee. ;)